Wednesday, November 12, 2014

Salam semua...disini saya nak kongsikan keterujaan saya terhadap sebuah anime yang sangat terkenal iaitu Naruto..ramai yang bertanya ape je kelebihan cerita Naruto ni..tgok citer naruto mengalahkan bdk kecil..selalu kene marah dgn parent sbb still tengok kartun walaupun umur dah meningkat..haa..persoalan ni semua hanya dapat dijawab oleh pencinta- pencinta Naruto shj..betul tak??...bg mereka yg tidak tahu ape yang seronok sgt pasal Naruto ni..disini saya akan ungkapkan jalan cerita Naruto sehingga membuatkan anda yang tidak pernah tonton sebelum ini menyesal kerana tidak berbuat demikian..haha...
Jika ditanya pada org yang tidak minat Naruto, mereka mesti akan jawab yang naruto ni hanya kartun yang mengajar bdk-bdk kecil utk berlawan..SILAP...kerana jalan ninja Uzumaki Naruto ialah tidak pernah berputus asa untuk menjadi seorang Hokage (ketua kampung Konoha)..walau apa pun rintangan yang dia hadapi..dia tetap dengan pendiriannya utk menjadi ninja yang paling kuat dan kekuatannya diakui oleh orang ramai..
Selain itu, apa yang membuatkan saya bertambah teruja adalah semangat setia kawan yang dimiliki oleh Naruto terhadap kawan-kawannya..Dia begitu percayakan dan sayangkan kawannya..namun begitu, terdapat seorang kawan baiknya iaitu Sasuke yang telah menjadi jahat kerana didorong dengan dendamnya kepada abang kandungnya sendiri..
setiap watak yang terdapat dalam cerita ini samada baik atau jahat mempunyai kisahnya yang tersendiri..
Sasuke yang berjaya membunuh abangnya akhirnya menyesal setelah mengetahui perkara sebenar mengenai abangnya..abangnya telah menawarkan diri utk membunuh seua puaknya utk mengelakkan pemberontakkan puaknya dan sanggup dipandang jahat oleh orang kampungnya sendiri bahkan dibenci oleh adiknya sendiri, Sasuke..Itachi juga sanggup menjadi pengintip bg kampungnya dengan menjadi ahli kumpulan Akatsuki iaitu kumpulan yang ditubuhkan utk mencapai keamanan dunia melalui cara yang salah..
setiap ahli Akatsuki ini mempunyai kisah masing- masing yang membuatkan mereka menjadi jahat. Selepas itu, terdapat pelbagai adegan sedih dimana banyak kematian yang berlaku dan disinilah merungkai semua sejarah yang telah berlaku. peristiwa paling sedih adalah dimana Jiraiya iaitu guru naruto yang menjaga naruto dpd kecil telah mati dibunuh anak murudnya sendiri..Naruto hidup seorang diri setelah kematian ayah dan ibunya yang berkorban utk menyelamatkan Naruto semasa Naruto dilahirkan.. Akhirnya Naruto menuntut bela atas kematian gurunya dengan membunuh pembunuh Jiraiya yang merupakan ketua Akatsuki..sejarah kesedihan sekali lagi terungkai..
Dunia digemparkan lagi dengan kembalinya Obito, kawan baik Kakashi yg mati semasa perang dahulu..Obito yg ingin mencapai kedamaian dengan caranya sendiri setelah kematian Rin...
Cerita Naruto diakhiri dengan pertarungan antara dua sahabat iaitu Naruto dan Sasuke..
Akhirnya Naruto menjadi Hokage dan berjaya menyelamatkan kawan baiknya..macam-macam yg dah berlaku dalam cerita ini yg banyak mengajar kita..Naruto bukanlah aksi semata-mata...ia mengajar kita erti persahabatan,perpisahan,keamanan dan sifat-sifat manusia..